RADIO ERA

Thursday 13 December 2012

Kebaikan telur untuk rambut sihat

Kajian dari Mayo Clinic mendapati bahawa rawatan yang berkesan untuk masalah keguguran rambut termasuklah penggunaan bahan yang mengandungi minoksidil dan finasterid serta pembedahan seperti pemindahan rambut dan pengurangan kulit kepala. Namun, disebabkan oleh kosnya yang sangat tinggi, ramai yang tertanya-tanya jika terdapat alternatif lain yang jauh lebih murah. Jawapannya adalah, ya, memang ada, tetapi sama ada ianya mendatangkan kesan yang sangat efektif adalah bergantung kepada keadaan rambut dan kulit kepala anda. Oleh itu, anda diminta untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum berpaling kepada cara rawatan yang lebih tradisional. Menurut Vasant Lad, seorang pengarang buku "The Complete Book of Ayurvedic Home Remedies", kandungan protein yang tinggi dalam kuning telur mampu mengatasi masalah keguguran rambut di samping membantu rambut untuk tumbuh dengan lebih cepat. Selain protein, telur juga kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, E dan D. Vitamin A berfungsi meningkatkan penghasilan sebum serta membantu mengurangkan kelemumur dan penebalan kulit kepala. Vitamin D pula berupaya merangsang pertumbuhan rambut dan mengelakkan rambut bercabang manakala vitamin E membaikkan penyerapan oksigen di dalam rambut. Peredaran darah di sekitar kulit kepala dibantu oleh vitamin B yang turut terkandung. Asid lemak yang terdapat dalam telur juga berfungsi mengekalkan kelembutan rambut di samping boleh mengurangkan masalah kelemumur, kulit kepala mengelupas dan psoriasis. Apa yang anda boleh lakukan adalah campurkan tiga kuning telur di dalam mangkuk kecil dan pukulnya selama 60 saat. Campuran tersebut kemudiannya disapu dan diurut di kulit kepala selama dua hingga tiga minit. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan setelah itu barulah anda boleh mencuci rambut dengan syampu yang sesuai. Kandungan protein yang tinggi juga merupakan sebab mengapa telur adalah salah sebuah pelembap yang terbaik untuk mencegah rambut kering. Dengan teknik yang sama juga, campuran tiga biji telur yang dipukul itu boleh disapu di seluruh rambut sebelum dibiarkan. Rawatan ini boleh dibuat berulang kali dalam sehari asalkan ianya tidak mengakibatkan iritasi kulit kepala. Sekiranya anda konsisten, kesan perubahan yang lebih baik pasti boleh dilihat dalam kurang dari sebulan.

Tuesday 27 November 2012

Wednesday 7 November 2012

Cuteki free cards

Tuesday 6 November 2012

Faedah Bertungku Kepada Ibu

Selain berurut dan rawatan lain yang dilakukan untuk melegakan dan menegangkan kembali otot-otot yang longgar, bertungku juga penting dalam proses mengembalikan kesegaran dan mengecutkan rahim. Bertungku bererti menuam bahagian tertentu badan dengan menggunakan batu atau besi yang dipanaskan (mungkin juga dengan bahan yang lain).

Tujuan bertungku ialah untuk megeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim dan juga urat saraf di sekeliling peranakan dan bahagian-bahagian lain. Ketika bertungku badan akan berpeluh dan terasa hangat. Ini akan memudahkan pemulihan tenaga. Bertungku dilakukan sebelum ibu mandi pada waktu pagi dan petang ketika ibu dalam posisis berbaring, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.

Batu atau besi tungku dipanaskan selama lebih kurang beberapa minit. Kemudian, dibalutkan dengan beberapa lapis kain (yang disusun di dalamnya daun mengkudu pada setiap lapis) menurut kepanasan tungku yang dapat ditanggung oleh kulit. (sekarang terdapat beberapa jenis tungku moden...dan kaedahnya juga berlainan dengan tungku tradisional). Setelah dibalut rapi pangkal batu / besi diikat supaya kain tidak terburai (terbuka).

Bahagian Badan Yang Perlu Ditungku

Bahagian Peranakan

Bertujuan untuk mengecutkan peranakan yang membesar sewaktu mengandung. Peranakan juga perlu disangkak (dinaikkan) atas dengan menolak bahagian rahim dari bawah sehingga menghampiri bahagian pusat. Menyangkak hanya boleh dilakukan oleh orang yang mahir.
Peranakan yang tidak dinaikkan menyebabkan perut menjadi buncit dan terasa tidak selesa, seolah-olah adanya benda menonjol yang hendak keluar dari faraj. Bertungku di bahagian ini memakan masa lebih kurang 25 minit. Bertungku juga memerlukan kemahiran. Ada juga orang yang menaikkan peranakan dengan berurut terlebih dahulu. Setelah itu barulah beralih ke bahagian lain, iaitu di bahagian kemaluan.

Bahagian Badan
Iaitu di bahagian dada, ulu hati, tengkuk, ketiak dan belikat. Bertungku di bahagian ini dilakukan ketika ibu dalam keadaan berbaring. Tungku diletakkan di sekitar buah dada, supaya darah mengalir dengan baik, membolehkan air susu keluar dengan lancar. Selepas itu baru beralih ke bahagian ulu hati, iaitu untuk memecahkan angin di bahagian perut dan ulu hati. Lakukan dalam masa lebih kurang 5 – 10 minit sahaja.

Setelah itu beralih ke bahagian ketiak kanan dan kiri. Kemudian barulah dilakukan di bahagian belikat kanan untuk beberapa minit, yang kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri.
Di bahagian tengkuk, bertungku dilakukan dengan meletakkan tungku di bawah tengkuk seperti orang berbantal. Bahagian ini perlu ditungku untuk memulihkan perjalanan darah di bahagian kepala dan leher.
Bahagian Bawah
Iaitu bahagian betis,paha, punggung, pinggang, pelipat, pergelangan kaki dan tapak kaki. Bertungku di bahagian-bahagian ini memerlukan masa antara 15 – 20 minit pada setiap bahagian. Pada bahagian terakhir, iaitu di tapak kaki, kaki dirapatkan menjadi satu kemudian digerakkan ke hadapan dan ke belakang, atau dengan mengolek-golekkan tungku ke hadapan dan ke belakang sekiranya tungku itu berbentuk bujur atau bulat. Biarkan tungku berada di bahagian ini sehingga sejuk.
Adalah lebih baik sekiranya ibu dibantu ketika bertungku, terutamanya pada hari pertama, kedua dan ketiga. Walaupun demikian, membakar tungku perlu dilakukan oleh orang lain kerana ia merupakan kerja berat bagi seseorang ibu yang baru bersalin. Dengan adanya tungku-tungku moden di pasaran, mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban bagi ibu-ibu ini.

Chek & Family...:

Chek & Family...:

Chek & Family...: Alya menari...

Chek & Family...: Alya menari...